Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 23 November 2011

Cerpen : OH MY DARLING

 

oleh : Azieana
  

       Nama aku Darling Sofea binti Abdul Hamid. Berumur 25 tahun. Aku di lahirkan dalam keluarga biasa. Mak aku meninggal dunia sebulan selepas melahirkan aku sebab ada kompilasi selepas melahirkan aku. Buat sementara aku dipelihara oleh nenek sebelum di ambil semula oleh ayah selepas dia kawin lain. Mak tiri aku? Perangai dia okey lah…tak adalah jahat  sangat macam perangai mak tiri dalam tv tu….hubungan aku dan dia pun tak adalah rapat sangat tapi kira bolehlah. Sebenarnya aku ada seorang kakak dan seorang abang. Aku ada seorang adik tiri perempuan, kira muda dua tahun dari aku. Sekarang ni dia masih belajar kat university. Aku juga ada dua orang adik beradik sebapa. Seorang lelaki, sekarang ni tengah nak ambil SPM dan seorang perempuan yang akan menduduki PMR tahun ini. Kira ramai juga adik beradik aku bila dicampurkan. Korang kiralah sendiri ye. Tapi hubungan kami adik beradik okay. Tak ada bercakaran. Kira macam loving-loving each other gitu!
Korang semua tentu nak tahu macam mana aku boleh dapat nama Darling Sofea. Pernah masa kecik-kecik dulu aku tanya ayah, kenapa nama aku Darling. Ramai kawan aku mengejek nama tu membuatkan aku rasa betul-betul malu memiliki nama itu. Mengikut cerita ayah….masa aku lahir, ayah nak letak nama aku Darlina dan arwah mak pula nak letak nama aku Sofea. Jadi bila digabungkan jadilah Darlina Sofea. Masa nak buat surat kelahiran, abang Daniel tulis nama atas satu kertas. Di tulis dengan huruf kecil, entah macam mana boleh silap dari nama Darlina dah jadi Darling  bila secara tak sengaja huruf (a) tu dah tertarik sampai bawah hingga jadi huruf (g) pulak. Begitulah citenya. Aku pun tak tahu betul atau salah cerita itu. Kadang-kadang aku tersenyum sendiri mengenangkan cerita itu.
 Sebenarnya dah hampir 2 tahun  aku  tamat pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan, sekarang ni bekerja sambilan sebagai jurujual di sebuah kedai bunga dan cenderahati, sebelum ini aku dah memegang pelbagai jawatan, cashier kat supermarket, cashier kat KFC, jadi salesgirl kat gedung pakaian dan juga pembantu farmasi. Tak boleh nak pilih kerja masa gawat ni, apa saja kerja….aku bantai aje. Janji ada income. Nak harapkan duit ayah,…dia perlu tanggung keluarga. Kakak dan abang aku dua orang tu dah kawin, ada  kerjaya dan rumahtangga sendiri, tinggal aku je yang terkontang-kanting. Tapi prinsip aku…aku tak suka melepak dan buat kerja tak faedah. Kesian mak bapak! Oleh sebab itu aku terima apa saja tawaran kerja asalkan lepas untuk sara hidup aku.
“ Weh! Darling, jauhnya adik akak ni mengelamun….itu…. pergi layan  mamat tu kejap, akak nak check buku stock ni kejap….” Kak Shidah yang sedang memuncung mulutnya sambil menyiku lengan aku yang sedang mengelamun seketika di depan kaunter. Ketika itu kak Shidah sedang mengubah bunga yang di tempah pelanggan. Kejap lagi nak kena hantar. Hisy…minah ni, orang nak mengelamun sikit pun tak senang. Rungut aku mendengus. Namun aku tetap mengatur langkah menghampiri pelanggan yang dimaksudkan oleh kak Shidah itu.
“  Ya, encik. Boleh saya bantu?” aku bersuara bila di lihatnya pelanggan yang memakai kemeja putih itu menggaru-garu kepala. Mungkin sedang memikirkan bunga apa yang hendak di belinya.
Pelanggan itu segera menoleh mengadap muka aku. Lama juga dia renung muka aku. Agaknya muka aku comel kot. Perasanlah kau ni Darling.  Mak aih! Handsomenya mamat ni. Aku menelan liur perlahan sambil bulat mataku merenung muka lelaki itu.
“ Cik….cik…cik….” kali ketiga panggilannya, baru aku tersedar dari tersampuk. Aku tengok lelaki itu melambai-lambai tangannya di muka aku.
“ Ya…” aku cuba control sambil berdehem beberapa kali. Saja nak cover malu. Apa lagi aku lihat lelaki itu sudah mengukir senyum. Manisnya senyuman dia. Kalau dah senyuman manis begitu, aku gerenti bibir dia kena gigit dengan semut. Ha…ha…ha….. aku tergelak sendiri. Nasib baik dia tak perasan.
“ Cik boleh tolong saya tak…saya nak hadiah bunga untuk seseorang tapi saya tak tahu bunga apa yang sesuai!” ujar lelaki itu sambil matanya melilau  ke arah pelbagai jenis bunga segar di hadapan.
“ Untuk seseorang?....maksud encik….seseorang yang special?....girlfriend mungkin?” aku bertanya.
“ A…..lebih kurangla….cik boleh pilih tak untuk saya?” lelaki itu merenung wajah aku sambil mengukir senyuman. Wah! Tak tidur aku malam ni kalau asyik terkenangkan senyuman dia.
“ Boleh…boleh…. Bila encik nak?....atau encik nak kami hantarkan?” aku bertanya lagi. Sambil itu otak aku ligat memikirkan bunga apakah yang sesuai untuk dihadiahkan pada teman wanita lelaki itu.
As soon as possible…kawan saya ni masuk ward, jadi saya nak pergi melawat dia…”
“ O….” aku mengangguk perlahan.
“ Ok….encik boleh tunggu di sana, nanti saya akan siapkan!” aku menunjukkan satu ruang rehat untuk lelaki itu.
Memang Puan Jenny menyediakan satu ruang khas untuk pelanggan yang mahu menunggu tempahan mereka siap. Mereka juga akan di hidangkan dengan sedikit santapan sebagai daya tarikan untuk pelanggan. Tak adalah mereka boring menunggu. Boleh juga makan dan minum sambil menonton tv.
“ Encik….jemput minum…” aku mengudangkan minuman untuk lelaki itu bersama dengan sepinggan kek.
Thanks…” ucap lelaki itu sambil menghadiahkan senyuman dan aku segera membalasnya. Nampaknya hari ini aku tak payah makan tengahari, kenyang dengan senyuman lelaki itu. Hairan ya….dalam ramai-ramai pelanggan yang datang, kenapa aku boleh tersuka kat lelaki itu. Mungkin kerana senyuman dan wajah dia kot. Ah! Geletiknya aku!...
“ Darling….ada call untuk hang!” kak Shidah melaung nama aku.
Ok…I`m coming” laung aku.
Aku tengok lelaki itu berkerut dahinya sambil memandang wajah aku yang sedang bercakap di talian. Sebenarnya makcik yang call, bagi tahu ayah tak sihat lepas jatuh dari bilik air semalam. Aku ni masih single lagi. Tengah mencari calon yang sesuai sebagai kekasih hati. Sebelum ni, bukan tak ada yang menawarkan diri, tapi aku aku yang menolak awal-awal lagi dengan alasan nak concentrate dulu pada pelajaran. Takut pula terkantoi kalau asyik masyuk bercinta. Saja je cari alasan macam tu, sebabnya pintu hati ku belum terbuka untuk menerima sebarang lelaki.
Selepas cakap di talian, aku meneruskan tugas aku mengubah bunga untuk lelaki itu. Aku memilih ros berwarna merah  yang digabungkan dengan bunga kecil. Aku gubah  mengikut kreativiti aku. Aku tahu sepanjang aku mengubah bunga itu dia ada renung aku, aku perasan mata lelaki itu sesekali menoleh ke arah aku. Aku nak menoleh, terasa segan pulak. Nanti dikatakan aku gadis yang tak sedar diri. Aku ambil masa 15 minit untuk menyiapkan tempahan itu sebelum menghampiri lelaki itu.
“ Macam mana?” aku menayangkan jambangan bunga ros itu di hadapan lelaki itu. Ketika itu dia sudah pun berdiri mengadap aku. Tinggi juga orangnya. Bolehlah kot kalau nak masuk pertandingan pencarian model. Bak kata orang dah cukup pakej. Ketinggian, paras rupa dan penampilan pun cukup bergaya. Pasti mana-mana perempuan yang menoleh ke arahnya akan berkata…..handsomenya, anak sapa agaknya dia!
Ok….not bad. I like it!” ujar lelaki itu. Aku mengeluh lega kerana dia menyukai hasil tangan aku yang tak seberapa mahir ni. Maklumlah, baru 3 bulan aku kerja kat Jenny`s Florist ni.
“ Encik boleh bayar kat kaunter sana” aku berjalan mendahului lelaki itu dan meletakkan jambangan bunga di atas meja kaunter .
How much?” lelaki itu menyoal sambil membuka walletnya.
“ RM 50, Encik” aku menjawab.
“ Darling, aku nak pergi toilet kejap…kau jaga kaunter ye!” kak Shidah bersuara sambil melangkah ke ruang makan di belakang.
“ Ok…” balasku.
Lelaki itu menghulur not RM 50. Dan aku menyerahkan jambangan itu sambil menghadiahkan senyuman.
Thanks…Miss….”
“ Sofea…” aku memberitahu nama sambil menghadiakan senyuman. Kena sentiasa senyum walaupun  ada masalah. Daya tarikan untuk pelanggan.  Kalau masam mencuka, pasti pelanggan lari. Betul tak?
“ Jumpa lagi!” lelaki itu bersuara sebelum beredar. Aku memerhatinya hingga dia hilang dari pandangan.
*************

Aku minta cuti 2 hari dengan Pn. Jenny sebab nak balik kampong tengok ayah. Abang aku yang sulung, Daniel Haris dan isterinya yang bernama Aina dan 2 orang anak mereka ada turut sama pulang pagi tadi, begitu juga dengan kakak aku Alya Nafisa dan suami Mohd Kamil dan anak kecil mereka yang berusia setahun baru aje  sampai setengah jam tadi. Hari ini boleh dikatakan keluarga kami berkumpul di rumah. Seronok betul. Ini tak, kena tunggu hari raya baru dapat berkumpul macam ni. Cuma adik tiriku yang menuntut di USM aje yang tak balik kerana ada exam.
Kata Pn. Aminah, mak tiriku…ayah terseliuh masa jatuh bilik air. Tak adalah teruk sangat tapi sempat juga semalaman tidur kat hospital.
“ Kesian anak-anak ayah, terpaksa tinggalkan kerja sebab nak balik tengok ayah. Ayah tak apa-apa. Makcik kamu ni aje yang risau…” kata En. Abd. Hamid sambil mengerling ke arah isterinya yang duduk bertimpuh di sisi. Ketika itu aku keluar dengan membawa dulang berisi air dan sepinggan kueh.
“ Ayah ni, kan kami selalu pesan…kalau ada apa-apa jangan lupa telefon!” kata  abang Daniel mewakili kami semua.
Aku duduk di  sebelah kak Alya. Aku mengambil anaknya yang bernama Haikal Muiz dan meribanya. Sambil itu aku mengacah-acah anak saudara yang montel itu. Aku tengok muka dia sebijik dengan muka abang iparku. Dah macam fotostat. Tiba tiba aku teringatkan lelaki tempohari, kalau aku kawin dengan dia, pasti anak lelaki kami serupa dengan wajahnya. Pasti anak kami comel dan kacak macam bapaknya. Aku tersenyum.
“ Darling, apasal ni….tersenyum sorang-sorang… teringat kat pakwe la ni!” usik kak Alya membuatkan aku tersentak. Tak sangka begitu jauh aku termenung dan berkhayal.
“ Mana ada….orang nak senyum pun tak boleh?….kang orang nangis baru tau!” balas aku membuatkan kak Alya mengeleng kepala.
Tengahari itu kami yang perempuan pakat-pakat memasak kat dapur. Sekejap aje hidangan untuk makan tengahari siap. Seronok betul dapat kumpul ramai-ramai.
Pagi esoknya aku tumpang abang Daniel untuk balik KL. Kak Alya cadangnya nak balik waktu petang.  Waktu mula-mula aku kerja dulu, abang Daniel pernah tawarkan aku untuk tinggal bersamanya tapi aku tolak sebab tak selesa. Aku tahu adik lelaki kak Aina ada menumpang di rumah tu.  Aku juga menolak untuk tinggal dengan kak Alya sebab jauh nak berulang-alik tempat kerja lagi pun aku segan dengan abang Kamil. Dia tu jenis yang pendiam. Tak selesalah aku nak sebumbung dengan abang ipar, asyik kena bertutup kepala aje atas rumah. Akhirnya aku menyewa dengan kawan Shidah yang kerja sekali dengan aku. Kata Shidah, temannya nak cari housemate sebab member serumahnya keluar selepas kawin.
Sebaik saja sampai di rumah sewa, aku terus merebahkan tubuh di katil. Penat. Esok kena kerja. Aku pejam mata. Entah macam mana wajah lelaki itu tiba-tiba muncul. Aku membuka mata.
Tak boleh jadi ni! Mak ….tolong, Darling dah dapat penyakit angau ni…macam mana nak buat? Tak kanlah lelaki tu pakai bomoh….jampikan aku supaya teringatkan dia! Gila. Adake aku boleh fikir macam tu. Tak ada maknanya dia nak bomohkan aku, aku bukannya glamour, bukannya artis, bukannya anak orang kaya. Aku hanyalah insan biasa. Wa…..ini nak nangis ni…
****************

Aku membelek majalah sambil menghirup milo panas. Kak Shidah sedang memeriksa stock bunga yang baru sampai pagi tadi sementara Maria sedang melayan  2 orang pelanggan yang baru masuk. Sebenarnya kami bergilir-gilir masa rehat, baru sebentar tadi giliran Maria minum pagi. Selepas membasuh mug di singki aku menuju ke kaunter dan membelek kertas pesanan. Hm….banyak juga pesanan untuk hari ni. Aku meneliti kertas itu.
“ Darling, semalam ada seorang mamat cari kau…” kak Shidah tiba-tiba berdiri di sebelah aku. Apalah minah ni, nasib baik aku tak melatah. Kalau tak turun saham anak dara.
“ Mamat?...mamat mana pulak ni?….jangan mamat bangla sudah!” Aku tergelak kecil. Hairan. Tak sangka aku dah ada secret admirer la…korang jangan jeles ye!
“ Alah…mamat yang datang beli bunga hari tu….untuk kawan dia yang masuk hospital…mamat handsome!”  kata-kata kak Shidah membuatkan aku segera terbayang wajah lelaki itu.  Betulke?....wah! ini petanda baik. Kalau korang boleh nampak…mata aku dah ada bling….bling…..
“ Ye ke…apa dia nak?” aku tanya. Saja buat muka selamba walaupun hati dah tergedik-gedik. Mengeyam.
“ Kalau boleh dia nak Darling layan dia….” Kata kak Shidah sambil tersenyum penuh makna.
“ Layan ape ke bendanya….akak ingat Darling buat khidmat sosialke?” berkerut dahi aku merenung wajah Shidah yang cuba menahan gelak.
“ Tak sangka kuning jugak otak adik akak ni ya!….maksud akak…kalau boleh dia nak Darling serve dia…dia suka dengan hasil kerja tangan Darling tempohari!” kata kak Shidah membuatkan aku merenung lama wajahnya.
Lelaki itu suka hasil kerja tangan aku yang tak seberapa tu?...kalau nak dikira, kak Shidah lagi pro dari aku sebab dia dah lama kerja kat sini. Malah dia adalah orang kepercayaan Pn. Jenny untuk menguruskan Jenny`s Florist. Bak kata orang, kalau ambil lesen kereta….aku hanya berada di tahap lesen L aje. Kelakar pulak rasanya!
“ Sebenarnya lelaki tu dulu selalu datang sini….dah jadi pelanggan tetap Pn. Jenny. Tapi sejak kebelakangan ini jarang pulak dia datang.  Cuma hari yang Darling layan dia tu baru dia datang balik. Akak dengar cerita  dia tu kawan Pn. Jenny masa study kat overseas dulu….akak pernah dengar Pn. Jenny cakap yang lelaki tu ramai teman wanita, sebab tu selalu beli bunga!” beritahu kak Shidah.
“ Patutlah dia ramai teman wanita….muka handsome” aku berkata perlahan. Tak sangka pula kak Shidah mengangguk menandakan dia bersetuju dengan pendapat aku.
Sebelum tengahari, Pn. Jenny ada datang ke kedai. Jadi kami bertiga ambil kesempatan untuk keluar makan bersama. Selepas makan kami cuci mata sekejap sekitar Mall.
Semasa kami masuk ke kedai, aku lihat Pn. Jenny sedang asyik bersembang dengan seseorang di ruang rehat. Kak Shidah terus ambil posisi di kaunter bila 3 orang pelanggan perempuan masuk ke dalam kedai, aku dan Maria segera melayan mereka dengan sebaik mungkin apa lagi dengan adanya Pn. Jenny di situ. Pasti sedang memerhati kami.
“ Darling…sini kejap” Pn. Jenny memanggil nama aku selepas aku siap melayan pelanggan tadi.
Aku berjalan ke arah Pn. Jenny. Aku menelan liur bila menyedari lelaki yang bersama Pn. Jenny itu adalah lelaki yang sering masuk dalam mimpi aku, yang selalu buat aku angau walaupun hanya dengan sekali pertemuan.
“ Ada apa Pn?” aku memandang Pn. Jenny yang sedang merenung wajah aku.
“ Dah lama Syed Haqeem tunggu you!” kata-kata Pn. Jenny membuatkan aku mengerut dahi.
Siapa Syed Haqeem? Lawyer, majistret, ahli muzik, artis …bla….bla… Aku tak pernah mempunyai kenalan yang berketurunan Syed.
“ Syed Haqeem?...siapa Syed Haqeem…I tak ada kenalan yang berketurunan Syed!” ujar aku bingung. Kata-kata aku membuatkan Pn. Jenny ketawa kecil. Namun lelaki yang berada di hadapannya sekadar mengukir senyum  tapi matanya tetap merenung wajah aku.
Janganlah tenung saya macam tu….malu saya!
“ Darling…Darling.lelaki yang duduk kat depan I nilah yang bernama Syed Haqeem…” kata Pn. Jenny membuatkan pandangan aku dan lelaki itu saling bertatapan seketika sebelum aku tertunduk.
“O….jadi…apa yang boleh saya bantu?” aku memandang wajah lelaki itu.
What should I call you….Miss Darling….or Miss Sofea?” soal lelaki itu sambil merenung wajah aku.
“ Er….untuk encik Syed….seeloknya encik Syed panggil saya dengan panggilan Sofea!” beritahu aku. Sebenarnya aku tak selesa orang panggil aku Darling walaupun itu memang nama aku. Lagi pun aku lebih suka orang panggil aku dengan nama Sofea, terutama sekali kaum lelaki. Nanti orang ingat aku jadi kekasih  atau isteri dia orang.
“ Ok…Miss Sofea…I`m Syed Haqeem Naufal Syed Mustafa” lelaki itu bangun dan menghulurkan tangan untuk bersalam.
“ Maaf” aku bersuara.
“ Oh! Sorry…kita bukan mahramkan!” Syed Haqeem tersenyum. Mengakui kekhilafannya.
“ En. Syed nak cepatke?....saya belum solat lagi. Kalau En. Syed nak cepat….saya minta Shidah atau Maria tolong uruskan tempahan encik Syed!” aku memang bercadang untuk terus solat zohor sebaik saja sampai kat kedai.
I`s ok….I can wait….awak pergilah solat dulu!” kata Syed.
Sorry! Saya pergi dulu” aku berlalu meninggalkan Pn. Jenny dan Syed Haqeem Naufal di ruangan itu.
*************
Syed Haqeem meraup wajahnya seketika. Cadangan dan saranan uminya tadi membuatkan Syed Haqeem tak senang duduk. Selama ini dia selalu memberi pelbagai alasan agar uminya tidak masuk campur dalam urusan peribadinya. Dalam soal memilih calon isteri, biarlah dia yang menentukan. Sebab dia yang akan melayari bahtera, bukan uminya atau sesiapa.
“ Umi bagi tempoh 3 bulan sahaja. Kalau Haqeem masih belum ada jodoh yang sesuai dengan selera umi….Haqeem kena ikut saranan umi. Umi akan jodohkan Haqeem dengan Syarifah  Rania!” tegas Pn. Syarifah Qasidah.
Umi….Umi…. Syed Haqeem mengeluh panjang. Sejak dari dulu lagi uminya mahu menjodohkan dia dengan Syarifah Rania, sepupunya. Katanya baru sekufu. Tiba-tiba dia teringat kakaknya, Syarifah Amalina. Kakaknya telah memilih lelaki yang bukan keturunan Syed sebagai isteri, namun mereka tetap hidup bahagia walaupun awal perkahwinan mereka mendapat tentangan dari umi.
Ketukan di pintu mematikan lamuanan Syed Haqeem.
“ Qeem…jom, meeting…” Azhan muncul di muka pintu.
Syed Haqeem bangun. Dia mencapai beberapa buah fail yang akan digunakan dalam mesyuarat nanti.
“ Apasal ni…muram aje….macam orang ada masalah!” tegur Azhar merenung wajah Syed Haqeem.
“ Entahlah…kau bukan tak tahu perangai umi aku….”
“ Pasal jodoh kau!” Azhan bersuara. Tahu sangat apa yang sedang membelenggu fikiran kawannya bila membangkitkan nama Syarifah Qasidah.
“ Kau kan ada ramai teman wanita…apa susah, pilih aje yang mana sesuai” cadang Azhan.
“ Gila kau….kau ingat soal nikah kawin ni macam salin baju ke….kalau boleh aku hanya nak hidup dengan seorang wanita sahaja seumur hidup aku…maksud aku, aku hanya nak kawin sekali seumur hidup…..tak pernah pun terfikir nak kawin sampai dua tiga atau empat kali….”
“ Habis tu….teman wanita kau yang berlambak tu nak buat apa?....perhiasan?” tempelak Azhan.
“ Hoi! Cakap tu baik –baik sikit….aku cuma kawan dengan dua tiga orang aje…mana ada sampai berlambak….aku bukan playboy tau!” Syed Haqeem mengetuk kepala Azhan. Geram bila di tuduh begitu.
Azhan tersengih sambil menggosok kepalanya yang sakit akibat di ketuk oleh Syed Haqeem.
Perbualan mereka terhenti bila muncul seorang gadis.
“ En. Haqeem, Tuan Mustafa sedang menunggu di bilik mesyuarat”
“ Ok….I pergi sekarang….jom…”
**************
Bermula dari hari itu, boleh dikatakan setiap hari Syed Haqeem akan berkunjung ke Jenny`s Florist semata-mata mahu menatap wajah Darling. Kak Shidah dan Maria pula sengaja membiarkan aku melayan Syed Haqeem. Aku buat macam biasa, macam aku layan pelanggan yang lain tapi aku cuba kawal diri , tak naklah bagi dia perasan yang aku ni memang syok kat dia. Kadang-kadang aku control ayu depan dia, bukan apa… aku segan sebenarnya. Aku ni masih ada lagi rasa malu sebab malu tu kan sebahagian daripada Iman.
“ Hi Darling!” tiba-tiba Syed Haqeem muncul di hadapan kaunter. Ketika itu aku sedang khusyuk membuat jambangan bunga dalam bakul. Nasib baik tak tercucuk jari dek terkejut dengan sergahan lelaki itu.
“ En. Syed…dah berapa kali saya ingatkan….jangan panggil saya Darling, panggil saya Sofea” aku bersuara sedikit tegas. Walaupun aku minat kat lelaki tu tapi aku tetap tegaskan yang aku memang tak suka orang lelaki panggil nama aku  Darling, perempuan tak apa. Lelaki itu hanya menayangkan giginya yang tersusun kemas. Entah kenapa kali ini aku rimas dengan kehadirannya.
“ Dan….dah berapa kali saya ingatkan jangan panggil saya En. Syed…panggil saya Haqeem” lelaki itu pula bersuara. Sengaja nak pulangkan paku serpih kat aku.
Aku sempat menjeling ke arahnya, namun dia buat dek aje. Aku makin geram. Akhirnya aku berkalih tempat. Kali ini aku melabuhkan punggung di kerusi dekat ruang rehat. Tapi lelaki itu tetap mengekor aku. Dah jadi macam bayang-bayang aku pulak.
“ Tempahan saya dah siapke belum, cik Darling?” soal lelaki itu sambil matanya merenung tangan aku yang sedang mengubah bunga.
“ Bila masa pula awak buat tempahan?” tanya aku hairan.
“ Ya ke?... kalau macam tu saya nak awak gubah satu jambangan bunga yang paling cantik dan istimewa….saya nak hadiahkan untuk seseorang yang paling istimewa dalam hidup saya!” kata lelaki itu dengan wajah ceria.
Aku merenung wajahnya. Sebenarnya aku jadi sebak tiba-tiba mendengar lelaki itu menyebut seseorang yang istimewa. Nampaknya aku memanglah tak ada peluang untuk berdampingan bersamanya. Memang pun selama ini aku memuja dia dari jauh.
“ Kenapa? ….wajah Darling muram tiba-tiba?” berkerut dahi lelaki itu merenung wajah aku. Aku segera menunduk. Tak mahu dia memandang muka aku lagi.
“ Bila awak nak?” aku bertanya.
“ Petang ni….lepas kerja saya datang…mungkin dalam 5.30 petang ….sila pastikan yang jambangan itu begitu cantik dan istimewa!” kata lelaki itu sebelum beredar. Aku memberhentikan kerja aku. Entah kenapa hilang dah mood untuk mengubah bunga.
**************

Sampai di rumah sewa, aku mengambil kunci dari beg sandang. Pintu di kuak dan aku terus melangkah masuk. Ketika itu  jam menunjukkan 8 malam. Nasib baik aku solat dulu kat kedai. Kalau tak terlepas. Zaharah dan  Tirana sedang menonton berita utama.
“ Sofea…ada bunga untuk kau, aku letak atas meja” Tirana bersuara sambil menunjukkan jambangan bunga di atas meja empat segi tepat itu.
Thanks!” ucap aku sambil melangkah ke arah meja itu. Makin dekat aku dengan meja itu hati aku makin berdebar.
Sah!....aku memang kenal jambangan bunga ini. Kenal sangat-sangat sebab aku yang mengubahnya tadi. Bunga ini sememangnya di tempah oleh Syed Haqeem untuk seseorang yang istimewa. Tapi kenapa sampai kat rumah sewa aku. Eh!...jangan-jangan dia tersilap hantar. Terketar-ketar tangan aku mengambil kad kecil di balik jambangan bunga itu.
To My Darling Sofea,
I love U
From, Haqeem
Hampir semput nafas aku membaca kad ini. Biar betul. Takkanlah dia maksudkan  seseorang yang istimewa itu adalah aku! Dari mana dia dapat alamat rumah sewa aku? Dalam otak aku ligat berfikir, telefon bimbit aku berbunyi. Aku menyeluk tangan dalam beg sandang dan mengeluar telefon. Berkerut dahi aku memandang nombor yang tidak dikenali tertera di skrin telefon.
“ Hello, Assalamualaikum!” aku memberi salam. Kalau pemanggil itu orang Islam, pasti dia jawab salam, melainkan apek yang tersesat nombor.
“ Waalaikumussalam….Darling dah sampai rumah?” suara lelaki di hujung talian itu benar-benar membuat janjtung aku hampir luruh.
“ Siapa ni?...?” aku bertanya kasar. Ada ke patut dia  main sergah aje aku tanpa memperkenalkan diri. Dia tahu siapa aku tapi aku tak tahu siapa dia, mana aci? Walaupun aku tahu aci ada kat India…ha…ha….aku dah buat lawak bodoh!
“ Amboi! Garangnya cik Darling ni….takkanlah dah lupa, tadi baru aje kita jumpa!” kata suara itu. Ligat otak aku memikirkan siapakah gerangan yang cuba mengacau bilaukan hidup aku ni. Tak bermoral betul. Aku buat report polis kang….naya hang!
Ting!
“ Awak….En. Syed Haqeem Naufal  b. Syed Mustafa kan?” tiba-tiba terlintas nama itu. Siap dengan nama bapak sekali.
“ Bingo. It`s me, Haqeem sini…dah terima bunga yang saya hantar khas …istimewa untuk awak….suka tak?”  lelaki itu tergelak sakan bila aku berjaya meneka namanya.
“ Apa yang awak nak ni?....awak ingat saya suka awak ganggu saya?....lagi satu…dari mana awak tahu nombor telefon dan alamat rumah saya?” sergah aku sambil mengetap  gigi.
Ketawa Syed Haqeem masih lagi kedengaran. Mungkin dia gembira kerana berjaya membuat aku geram.
“ Darling sayang…nak seribu daya…tak nak seribu dalih…betul tak?”
Aku menggaru-garu kepala di balik tudung yang masih melakat di kepala. Tak sempat nak bukak tadi. Tirana dan Sakinah aku tengok turut jadi pendengar dan pemerhati aku sedang melayan kerenah lelaki ini.
“Sudahlah…malas saya nak layan…ada banyak kerja lagi yang nak saya buat….” Kata aku, ambil jalan mudah nak putus line.
“ Tahu….awak baru aje sampai rumah…awak tak mandi  lagi kan?...patutlah dah bau sampai sini….” Kata lelaki itu  sambil tergelak-gelak. Kurang asam keping betul lelaki ni…tahu-tahu aje aku baru sampai rumah dan belum mandi lagi….melilau mata aku melihat syiling  dan beberapa sudut rumah, entah-entah dia apa pasang CCTV, naya aku.
“ Ok lah…saya tak nak ganggu awak lagi…nanti kita jumpa esok ya, bye sayang!”
“ Eleh…siapa yang nak jumpa awak!” cemuh aku geram.
“ Saya tahu awak pasti akan rindukan saya….entah-entah malam ni awak tidur bertemankan bunga pemberian dari saya tu!” usik Syed Haqeem lagi.
“ Ah! Tak kuasa nak layan awak….assalamualaikum” aku terus memutuskan talian.
“ Wah! Wah!....cantik betul bunga yang kau dapat….orang yang memberi juga handsome” Tirana bersuara sebelum sempat aku masuk bilik.
“ Macam mana kau tahu rupa dia?” aku tanya.
“ Lelaki tu datang tadi…hm…best kan dapat pakwe yang handsome dan romantic macam tu” kata Tirana lagi.
Aku mengeluh panjang. Tanpa menghiraukan senyuman Tirana dan Sakinah, aku terus masuk bilik. Jambangan bunga pemberian dari Syed Haqeem itu aku bawa bersama ke dalam bilik. Takut kecoh pula nanti kalau Aida dan Nina balik nanti.
************

“ Darling, nak coklat tak?”  kak Shidah menghulurkan kotak empat segi yang memuatkan 24 biji  coklat tapi sekarang hanya tinggal 10 biji coklat farrero rocher sahaja.  Aku tengok Maria sedang mengopek pembalut coklat itu sebelum memasukkannya ke dalam mulut.
“ Wah! Banyak duit akak beli coklat mahal…hari ini birthday akak ke? “ Usik aku. Kak Shidah hanya tersenyum.
“ Bukan beli, ada orang bagi kat akak semalam!” kak Shidah memberitahu sambil tersenyum.
“ Siapa?...pakwe akak ya!” teka aku.
“ Bukan pakwe akak tapi pakwe hang!” kening aku bertaut tiba-tiba.
“ Bila masa pula orang ada pakwe?” aku sendiri pun tak tahu, masakan kak Shidah pula yang terlebih arif.  Musykil ni.
“ Alah….Syed Haqeem tu…bukanke dia tu pakwe hang…” kak Shidah menaikkan keningnya sambil tersenyum ke arah Maria.
“ Bila masa pula orang declare yang mamat tu jadi pakwe orang…ini yang orang bengang ni” aku menyingsing baju.
“Terima ajelah kenyataan…apa yang  susah.  Dah ada yang suka, aku pun tahu yang kau pun dah lama syok kat dia kan….” Maria menyampuk. Hisy, minah ni…nak kena pelangkung.
“O….jadi coklat ni pemberian dari mamat tu ye?....sekarang baru orang tahu dari mana dia dapat tahu alamat dan nombor phone orang….korang punya kerjakan….korang dah makan rasuah ya…”
“ Eh! Kami mana ada makan rasuah…kami makan coklat” kak Shidah masih buat lawak antarabangsa.
Hari tu, sebaik saja aku nampak bayang si Syed tu, terus aku mengurungkan diri kat bilik dapur. Malas nak bertembung muka dengan dia. Tapi akhirnya kau terpaksa juga keluar, rimas duk kat bilik sempit tu. Nak tak nak terpaksa juga aku mengadap muka mamat tu. Lagi pun kalau sehari aku tak pandang muka dia, rasa tak lengkap hidup aku. Macam ada sesuatu yang hilang. Itu kan petanda aku memang ada penyakit angau plus gatal.
“ Awak nak pergi mana tu?” tanya  Syed Haqeem bila tengok aku keluar dari kedai tu.
“ Ambik angin…panas kat sini!” kata ku. Tidak menghiraukan pandangan lelaki itu. Geram juga sebab dia dah berkomplot dengan kak Shidah pasal hal semalam. Aku tahu kak Shidah dah bagi isyarat supaya lelaki itu mengekor aku.
“ Darling…..” aku buat-buat tak dengar dan terus mengatur langkah.
“ Darling…” aku tetap buat pekak mendengar nama aku terus  di panggil walaupun aku tengok beberapa orang pengunjung di situ sudah tengok semacam kat aku.
“ Darling….oh my Darling….I love you….” Lelaki itu tiba-tiba berdendang . aku tahu lirik tu dia ciplak dari filem  Hindustan lakonan hero pujaan aku Hritik Roshan yang bertajuk Mujse Dosti Karoge.  Kali ini suaranya bergema di sekitar tingkat membeli belah itu itu. Aku rasa muka aku dah bertukar jadi biru. Semua pegunjung yang ada kat situ dah pandang aku semacam sambil berbisik-bisik. Siap senyum kambing, kerbau, lembu dan macam-macam senyum binatang dan gelak-gelak lagi kat aku. Ini yang buat aku bengang!
“ Darling…Darling sayang…”
Akhirnya aku terpaksa menoleh ke belakang bila suara itu benar-benar kedengaran di cuping telinga.
“ Awak nak apa ni….awak nak malukan saya ye” aku bersuara.
“ Saya nak awak….saya nak mencintai awak sepenuh hati saya….saya nak awak terima cinta saya…please…..”  rayu lelaki itu. Alah…..mamat ni dah buat drama yang tak ada tajuk pulak dah! Yang tambah haru bila aku secara automatic jadi heroin pulak…
Pelbagai pendapat yang tak bertauliah aku dengar. Yalah….lelaki itu merayu di tempat terbuka begitu….aku tertunduk malu bila gelagat kami di pandang oleh berpuluh-puluh mata.
“ Wow….romantiknya…” aku terdengar satu suara membuatkan aku tersenyum. Aku memandang wajah Syed Haqeem, lelaki itu sedang tersenyum sambil mengenyitkan mata.
“ Darling, I love you…” ucap Syed Haqeem perlahan membuatkan aku terkedu.
Do you love me?” dia menyoal aku.
 Akhirnya aku mengangguk perlahan membuatkan lelaki itu terus tersenyum. Aku tahu kalau boleh dia nak peluk aku tapi aku cepat-cepat bagi isyarat membuatkan dia tergelak.
Sebenarnya, dah lama Syed Haqeem memberi hint pada aku tentang hasrat dia. Cuma aku yang buat-buat tak faham. Sengaja nak uji sejauh mana keikhlasan dia pada aku walaupun aku memang suka sangat kat dia. Siap angau dan berkhayal lagi walaupun hanya sekali aje aku jumpa dia.  Tapi kalau boleh aku tak nak la hubungan kami sampai separuh jalan. Pernah aku katakan padanya.
“ Haqeem….saya ni dilahirkan bukan dari keturunan Syed atau Syarifah…. Kalau pun saya terima awak…pasti keluarga awak akan menolak. Biasalah kan…lelaki yang berketurunan Syed akan mencari jodoh dari kalangan yang sama” ujar aku.
“ Itu hanya sekadar nama….tak ada bezanya di sisi Allah” balas Syed Haqeem.
“ Tapi kita hidup dalam masyarakat….mereka menganggap perkara itu penting…takkan awak nak tipu keluarga awak…” kataku.
“ Nantilah saya bagitahu umi….saya dah jumpa calon isteri yang sesuai, namanya Syarifah Darling Sofea Syed Abdul Hamid”
“ Awak…” aku mengetap bibir  Haqeem hanya tergelak.
 “Orang cakap betul, dia main-main pulak!” Aku mendengus geram
Syed Haqeem terus ketawa.
***************

Sejak dari hari itu, aku dengan rasminya menjadi kekasih Syed Haqeem Naufal.  Setiap hari pasti dia akan berkunjung ke Jenny`s Florist untuk berjumpa aku. Kadang-kadang kami keluar makan bersama dan ada beberapa kali dia menghantar aku pulang. Sesungguhnya aku cukup bahagia dan gembira mempunyai seorang kekasih yang baik dan penyayang, dia juga seorang lelaki yang romantic. Selalu juga menghadiahkan sesuatu untuk aku walaupun aku menolak.
“ Darling, saya dah bagi tahu umi pasal awak…kalau boleh dia nak jumpa awak!” beritahu Haqeem sewaktu kami keluar makan bersama.
Aku memandang wajah Haqeem. Hati aku mula berdebar. Mendengar berita itu, selera aku hilang tiba-tiba walaupun tadi aku rasa kebulur giler. Beberapa minit wajah kacak Haqeem ku pandang. Dia berkerut dahi sambil membalas pandangan aku.
“ Kenapa?” tanya Haqeem, hairan.
“ Saya takut nak jumpa parent awak…pasti mereka tak terima hubungan kita, saya dah dapat agak….entah-entah sebenarnya mereka dah ada calon pilihan untuk awak!” kataku sambil meletakkan sudu dan garpu di dalam pinggan.
“ Awak ni…belum apa-apa dah mengalah. Memang saya mengaku yang umi pernah nak jodohkan saya dengan sepupu saya, Syarifah Rania….tapi saya menolak sebab saya memang tak suka dia dari dulu lagi!” jelas Haqeem tanpa berselindung.
“ Bagaimana dengan sepupu awak tu?” aku bertanya. Aku tahu pasti tak ada perempuan yang akan menolak untuk dijodohkan dengan lelaki itu.
“ Entah….saya tak pernah tanya sebab saya memang tak pernah berminat dengan dia….saya hanya minat dengan awak. Saya ikhlas nak hidup bersama awak. Saya tak mungkin akan memperkenalkan seseorang yang belum pasti akan jadi saya buat umi…lagi pun dia dah bagi tempoh 3 bulan untuk saya mencari calon isteri.  Sekarang ni tempoh itu dah hampir tamat…” beritahu Haqeem.
Aku tersentak dengan kata-kata itu.
“ Habis….sekarang ni awak dah terdesak?”
“ Darling….awak dah salah faham…. Saya memilih awak bukan kerana saya terdesak. Saya pilih awak kerana saya yakin awak adalah jodoh yang ditentukan untuk saya oleh Allah. Memang sebelum ini saya kenal beberapa orang gadis tapi saya sedikit pun tak pernah ada sebarang perasaan pada mereka seperti apa yang rasa terhadap awak….bagu saya, awak adalah seorang gadis yang istimewa, tak bersikap hipokrip, bersopan santun, berbudi bahasa, baik, berpendidikan….pendek kata, cukup sempurna bagi saya!” aku tertunduk.  Pujian itu rasanya terlalu tinggi untuk aku.
“ Jangan terlalu memuji…saya hanyalah gadis biasa yang tak mempunyai apa-apa kelebihan…” aku tak mahu bersikap takabur dengan pujian itu.
“ Saya juga seorang lelaki yang biasa….so, kita serasi bersama!” kata Haqeem membuatkan aku tersenyum.
***************

Aku akhirnya diperkenalkan dengan orangtua Haqeem. Mereka layan aku dengan baik walaupun aku tahu mereka terpaksa. Ketika itu juga aku diperkenalkan dengan gadis bernama Syarifah Rania Syed Hashim. Mungkin Syarifah Qasidah a.k.a umi Haqeem nak buat perbandingan antara aku dan gadis itu. Cantik orangnya, tapi pada pandangan aku penampilannya terlalu over sangat. Make up tebal sampai 3 inci tapi pakai kain  nipis dan singkat pulak macam dah tak cukup kain. Aku yang perempuan pun malu nak pandang. Memang patutlah si Haqeem tu menolak. Kalau aku jadi Haqeem pun memang awal-awal lagi aku reject dia buat bini. Seksa mata dan seksa hati.
Hubungan antara aku dan Haqeem 100% direstui oleh Syed Mustapha.  Tapi bukan bagi Syarifah Qasidah. Walau bagaimana pun dia tak adalah menghalang aku untuk terus berkawan dan bercinta dengan anak bujangnya itu. Hubungan kami terus berjalan dengan lancar walaupun ada ketikanya kami bergaduh. Biasalah tu…gaduh-gaduh sayang. Kalau tak gaduh tak ada la pulak adengan pujuk memujukkan. Masa ni aku rasa sangat bahagia sebab Haqeem memang seorang lelaki yang romantic. Dia tahu cara memujuk aku. Aku bukannya suka sangat nak merajuk tapi  mungkin cara itu akan merapatkan lagi  hubungan antara kami. Kami akan lebih mengenal diri pasangan masing-masing. Selalu dihadiahkan aku sesuatu kalau dia pergi ke mana-mana. Aku bukannya nakkan sangat hadiah, tapi kalau dia dah bagi aku terima aje.
Nak dijadikan cerita, satu hari aku dapat satu sampul surat yang mengandungi beberapa keeping gambar. Terbeliak mata aku melihat aksi dari gambar-gambar itu. Aku kenal siapa dalam gambar itu. Hati ku jadi sebak tiba-tiba. Air mata pula bagai tak dapat dikawal…terus aje mengalir keluar. Aku cuba dail nombor telefon Haqeem beberapa kali untuk bertanya hal ini tapi sayang tiada jawapan.
“ Darling, kenapa ni?” kak Shidah menghampiri aku yang sedang duduk menangis teresak-esak di bilik makan. Aku hanya diam tapi air mata terus laju mengalir tanpa dapat di kawal.
“ Kenapa dengan adik akak ni….gaduh dengan Haqeem ya!” kak Shidah bertanya lembut sambil mengusap bahu aku perlahan.
“ Haqeem tak ikhlas kawan dengan orang…dia hanya nak mempermainkan perasaan orang…dia tak pernah cintakan orang sebenarnya…” aku terus menangis teresak-esak membuatkan kak Shidah terus memeluk tubuh aku, memujuk agar aku berhenti menangis.
“ Sudahlah….jangan bazirkan airmata untuk sesuatu yang tak pasti. Apa buktinya yang Haqeem tu mempermainkan Darling….selama ini akak tengok dia betul-betul take care dengan Darling, betul-betul sayangkan Darling…. Itu tandanya yang dia cintakan Darling!” kata kak Shidah.
“Tu…cuba akak tengok, gambar tu…” aku memuncung ke arah sampul putih yang ada atas meja.
Tanpa berlengah kak Shidah terus membukanyanya. Aku tengok dia hanya diam memerhati.
“ Darling tak boleh terus menuduh dia tanpa usul periksa….itu tak adil namanya” kak Shidah ambil jalan tengah.
“ Akak….ini bukan kali pertama orang tengok mereka keluar berdua, dah banyak kali…dulu, dia kata tak suka dengan sepupu dia…tapi selalu keluar bersama….dah tu, bukan main romantic lagi gayanya….kalau mereka tak ada sebarang hubungan, kenapa ada gambar mereka berdua…bukan main mesra….macam pasangan kekasih, siap makan bersuap lagi!” aku bersuara sambil mengesap air mata.
“ Akak rasa ada orang yang sengaja nak rosakkan hubungan Haqeem dengan Darling!” kata kak Shidah.
“ Orang dah tahu….yang hubungan kami tak akan kekal lama….tapi….akak….orang betul-betul sayangkan dia….pertama kali orang tengok dia, hati orang dah terpikat” kata aku tanpa berselindung. Memang kak Shidah tahu secara detail hubungan kami sebab dialah yang menjadi orang tengah kalau kami bergaduh dan merajuk.
“ Cuba bawa berbincang, jangan buat keputusan secara melulu…” pujuk kak Shidah.
“ Orang dah cuba call, tapi dia tak angkat…orang tahu dia sengaja nak mengelak dari orang…. Kalau beginilah sikap dia, baik orang putuskan hubungan!” terbeliak mata kak Shidah mendengarnya.
“ Darling…Darling….ini bukan kali pertama akak jadi pendamai korang tau….tapi tak pernah pun dapat elaun dari korang….” Kata kak Shidah.
“ Alah…tipu….akak lupa yang akak selalu dapat ole-ole dari Haqeem kan…” aku tertawa akhirnya.  Aku tahu Haqeem selalu memberikan sesuatu untuk kak Shidah bila dia membantu membaiki hubungan kami.
“ Hm…dah senyum pun…..akak membantu korang bukan kerana hendakkan sesuatu, akak membantu kerana ikhlas…tapi kalau dah ada yang sudi memberi, akak terima aje…” akhirnya aku dan kak Shidah ketawa.
***************

Hubungan antara aku dengan Haqeem terus sepi. Sebelum ini aku ada menghubungi Haqeem di rumahnya tapi menurut pembantu rumahnya, Haqeem dan kedua orangtuanya berada di luar Negara kerana urusan keluarga selama beberapa minggu. Yang aku hairan, selama itu juga dia diam membisu. Pada suatu hari aku dapat panggilan telefon dari Syarifah Rania. Entah dari mana dia dapat nombor telefon aku. Gadis itu tanpa segan silu menjelaskan bahawa Haqeem sekarang berada di luar negara kerana mahu membeli persiapan untuk pertunangan mereka tak lama lagi dengan restu orangtua mereka..  Syarifah Rania juga mahu aku melupakan Haqeem dan meminta aku supaya tidak berhubungan dengan lelaki itu lagi Terkejut beruk aku mendengarnya, nasib baik aku tak pengsan. Aku hanya mampu beristighfar dan cuba bersikap tenang mendengar perkhabaran itu. Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku merintih sendu sambil mengalir air mata setelah berbual beberapa minit dengan sepupu Haqeem itu. Jadi mulai saat itu, aku dah ambil keputusan menganggap hubungan kami dah putus. Aku tak perlu mengharap padanya lagi walaupun aku rindukan dia sepenuh hati. Mungkin antara kami tiada jodoh dan aku mula pasrah.
*****************

Sebulan sudah berlalu, aku mula menganggap bahawa hubungan antara aku dengan Haqeem memang putus tanpa sebarang kata dari lelaki itu. Selepas menjemur pakaian di ampaian , membersihkan ruang tamu. Sengaja aku nak elakkan diri dari duduk termenung. Bimbang sikap itu akan dihidu oleh ayah. Selepas itu aku buat operasi kat dalam bilik. Maklumlah dah lama juga aku tak balik kampung kat Kota Bharu.
“ Makcik…makcik nak suruh orang buat apa ni?” aku bertanya pada makcik yang sibuk buat persiapan untuk makan tengahari. Nampak lain macam aje menu hidangan hari ni. Nampak special. Macam nak sambut tetamu aje.
“ Darling potong sayur tu, mak cik nak buat goreng…” dalam sibuk membantu makcik didapur, terdengar suara member salam. Rupa-rupanya abang Daniel  dan kak Alya sekeluarga sampai. Hairan juga aku menyambut kepulangan mereka. Baru aku perasan, patutlah makcik masak lain maca, sikit sebab semua keluarga akan berkumpul.
Hari ni, ceria betul suasana bila ramai berkumpul. Pelbagai cerita dapat di dengar. Aku yang dalam kesedihan turut rasa terhibur. Selepas makan tengahari, aku berkurung dalam bilik. Sebentar tadi kak Shidah ada telefon aku, dia kata nak datag ke rumah. Saja nak buat kejutan. Memang aku terkejut. Tak sangka pulak dia sudi datang berkunjung ke rumah orangtua aku. Katanya  saja datang nak melawat Kota Bharu, dia minta aku tunjukkan beberapa tempat yang menarik bila dia sampai petang nanti. Aku dengan besar hati akan menerima kunjungannya dan berjanji akan melayan dia dengan baik sepanjang dia berada di Kota Bharu. Tergelak kak Shidah mendengar janji aku itu.
“ Darling…” aku mendengar suara kak Alya selepas mengetuk pintu bilik.
“ Ada apa kak?” aku bertanya bila pintu di buka.  Masa tu aku baru tersedar dari tidur. Nasib baik kak Alya kejutkan.
“ Hisy…budak ni…siap buat taik mata pulak….cepat keluar….ada tetamu yang datang nak jumpa kat luar…” kata Alya terbeliak matanya bila tengok muka aku serabai baru bangun dari tidur. Aku tersengih buat muka toyo.
“ Yalah…agaknya kak Shidah dah sampai…nanti, orang nak mandi jap” aku masuk ke bilik dan keluar membawa tuala untuk mandi.
Aku bersiap ala kadar aje, maklumlah nak sambut kedatangan kak Shidah aje. Selepas siap berdandan, aku keluar dengan mengenakan blause dan skirt labuh.
“ Darling…apasal tak pakai elok sikit…pergi tukar baju, tudung sekali…” arah kak Alya belum sempat aku ke ruang tamu. Aku berkerut dahi. Apa kak Alya ni, aku nak jumpa kak Shidah aje, tak kan nak pakai lebih-lebih pulak. Tapi aku tetap akur. Kini aku tukar pakai baju kurung dan bertudung. Biar kak Shidah nampak aku bersopan.
Sebaik saja muka aku muncul kat depan, semua orang pandang aku. Aku tergamam. Bukan hanya kak Shidah yang ada kat ruang tamu tapi korang nak tahu siapa?....jeng…jeng…jeng….
Aku menelan liur sebaik saja mata aku menatap wajah Haqeem. Dia bukan datang bersama kak Shidah, malah bersama orangtuanya dan beberapa orang lagi. Dia mengukir senyum sebaik saja mata kami bertatapan seketika.
“ Ayah…” aku bersuara.
“ Ha….apa lagi….salamlah dengan tetamu….” Arah ayah. Aku akur. Salam  dengan orangtua Haqeem dan tetamu yang lain, kalau di bilang adala 10 orang. Sekali lagi aku menelan liur bila mata aku memandang ke satu sudut, ada 5 dulang berisi barang di letak di depan mereka. 2 dulang untuk kain, 1 dulang untuk kek, 1 dulang untuk buah-buahan dan 1 dulang lagi di letakkan bekas cincin bersama 1 sampul surat warna coklat.
“ Apa semua ni?” aku bertanya.
“ Darling….keluarga saya datang nak melamar awak….saya nak jadikan awak isteri saya!” Haqeem bersuara tiba-tiba membuatkan mata aku terus terpaku menatap wajahnya. Kak Shidah aku lihat tersenyum manis.
“ Awak bergurau ya…. Awak menghilangkan diri tanpa sebarang berita, kini muncul di rumah orangtua saya dengan tujuan untuk melamar saya?....awak sedar tak apa yang awak buat?” aku bersuara tegas. Tak peduli apa pandangan mereka yang melihat. Biarlah. Aku perlu luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku tanggung selama ini. Dia sepi tanpa berita dan membuatkan aku terus tertanya-tanya. Kini dia muncul dengan hajat untuk melamar aku, sukar aku nak terima. Bagaimana dengan Syarifah Rania? Bukankah mereka sebenarnya nak buat persediaan untuk bertunang?
“ Darling….Darling perlu dengar apa yang berlaku sebenarnya sebelum Darling buat apa –apa keputusan” kata kak Shidah lembut. Cuba memujuk aku.
“ Ok…sekarang cuba jelaskan apa sebenarnya yang berlaku?” aku meminta dia bercerita. Aku sudah tak kesah pandangan mata ayah yang dah jeling kat aku semacam. Mungkin dia nampak aku dah bersikap tak sopan depan tetamu.
Akhirnya Haqeem menceritakan apa yang berlaku. Dia dan orangtuanya pergi ke UK kerana melawat adik perempuannya yang berada di hospital akibat kemalangan. Dia tak dapat hubungi aku sebab telefonnya hilang dan dia memang tak ingat pun nombor telefon aku. Baru minggu lepas dia dan keluarganya balik. Jadi kak Shidah dah ceritakan apa berlaku sepanjang ketiadaan dia dan bagaimana  aku boleh tak layan panggilannya sejak dia balik. Sebenarnya dia cuba nak jelaskan apa yang berlaku tapi aku sentiasa mengelak. Jadi dia berpakat dengan kak Shidah untuk buat rancangan ni. Kak Shidah bukan hanya berpakat dengan orangtua Haqeem tapi dengan orangtua aku sekali. Jadi  kakak dan abang aku balik ni sebab Haqeem nak datang melamar aku. Pandai dia orang berkomplot nak kenakan aku!
“ Saya tak pernah ada sedikit pun perasaan pada Rania, memang dia yang buat rancangan  dan  menyebarkan gambar serta menelefon awak supaya awak memutuskan hubungan dengan saya. Oarangtua saya dah merestui hubungan kita dan mereka tak kisah siapa pun awak, yang penting saya cintakan awak….” Jelas Haqeem membuatkan aku terdiam. Sebenarnya, aku malu kerana aku telah menuduh dia tanpa usul periksa malah aku juga tak dengar nasihat kak Shidah.
“ Jadi…sekarang ni…semua kekusutan telah selesaikan…” Syed Mustapha bersuara. Aku memandang wajah Haqeem yang berterusan memandangku. Sesekali aku tertunduk malu. Aku sedar bukan hanya Haqeem yang pandang aku, semua orang sedang pandang aku.
“ Sekarang ni…kita kembali pada tujuan asal….kami datang ni membawa hajat, kami ada membawa 2 lamaran untuk anak En. Hamid…” kata Syed Mustapha membuatkan keluarga aku saling berpandangan. 2 lamaran?
Selain dari Haqeem, lamaran siapa yang di bawa mereka?
“ Apa maksud En. Syed ni?” ayah bertanya.
En. Syed tersenyum. Begitu juga dengan Syarifah Qasidah. Aku tengok kak Shidah siap main mata dengan Haqeem. Aku dah jeling mereka semacam.
“ Satu lamaran dari Haqeem dan satu lagi dari saya….” Kata Syed Mustapa membuatkan ayah terpingga-pingga. Aku dah naik semput. Apa dah jadi. Takkan anak dan bapak nak bermadu?....Hisy….dunia nak kiamatke?
“ Maaf….saya tak faham!” aku terpaksa mencelah. Ini melibatkan masa depan aku. Takkan anak dan bapak bersaing. Takkan aku pulak nak kena bermadu dengan Syarifah Qasidah. Pening…pening…
Aku tengok rombongan itu dah tersenyum. Kami sekeluarga yang terpingga-pingga.
“ Yang sebenarnya….lamaran pertama adalah, kami nak menyunting anak En. Hamid jadi menantu saya….lamaran kedua,  saya nak menyunting anak En. Hamid jadi pekerja saya….maksud saya, saya nak melamar Darling kerja di syarikat saya. Saya tahu, anak En. Hamid ada kelulusan dan sedang mencari peluang pekerjaan yang sesuai…. Sayang kalau peluang itu  disia-siakan…” akhirnya keluarga aku dan aku sekali menarik nafas lega. Aku tergelak kecil. Lucu pula rasanya bila difikirkan aku terima 2 lamaran serentak. Lamaran untuk berkahwin dan lamaran untuk dapatkan kerja. Siapa sangka, tanpa perlu memohon kerja dan temuduga, aku dilamar kerja. Dalam masa, hari dan saat yang sama…yahoo….
Aku tersenyum merenung cincin yang tersarung di jari manisku. Di tangan kiri aku ada sampul surat yang mengandungi tawaran kerja. Kak Shidah, keluarga aku dan keluarga Haqeem memberi aku dan Haqeem peluang untuk bersama ketika mereka yang lain mula menikmati hidangan makan petang.
“ Haqeem…terima kasih kerana melamar saya dan terima kasih juga pada ayah awak kerana lamaran kerja darinya…siapa sangka hari ni saya dapat 2 lamaran serentakkan…” aku tersenyum.
“ Abang yang patut ucapkan terima kasih sebab Darling sudi terima lamaran abang…”
“ Abang….” Aku memandang wajahnya.
“ Ya….mulai hari ni Darling kena belajar panggil saya abang tau….tapi abang nak ingatkan bila Darling dah kerja kat syarikat ayah nanti, abang tak nak staff kat sana panggil nama Darling terutama yang lelaki….abang nak dia orang panggil Darling dengan nama Sofea….”
“ Eh!...Eh…belum apa-apa dah nak jadi king control ya….!” Aku tergelak.
“ Mestilah….Darling hanya untuk abang…bukan untuk orang lain…dan panggilan itu hanya sesuai untuk abang!” Haqeem tiba-tiba mencubit pipi aku. Aku menjeling geram. Haqeem hanya tersengih. Tahu aku marah dengan tindakannya. Sebenarnya, aku bersyukur kerana diketemukan dengan lelaki itu dan aku harap hubungan dan jodoh kami akan terus berkekalan selamanya. Amin.
*************









6 comments:

  1. hehee .... suke citer ni n happy ending!

    -atti

    ReplyDelete
  2. wallahhh,coi!!!!!!!!!!!mmng best gile gmpkkk!!!-iezahtakuya

    ReplyDelete
  3. Tahniah! Blog yang menarik. Semoga memberi manfaat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...